MINGGU KE-8
Posted by Unknown
Masih membantu menguruskan dokumen-dokumen yang dikembalikan
oleh klien kepada pihak MMHE.
Dokumen kebanyakkannya tidak lengkap dan perlu dilengkapkan
secepat mungkin. Dokumen-dokumen yang dinamakan sempena nama sistem seperti
sistem 991, sistem 911, sistem 418, dan berbagai lagi. Jumlah sistem yang dapat
saya pelajari sepanjang membantu DCC pihak MMHE ialah 56 sistem berlainan.
Saya juga perlu mengetahui jenis disiplin pada setiap
dokumen. Contoh disiplin ialah struktur, mekanikal, elektrikal, instrument dan
sebagainya. terdapat 10 jenis disiplin berlainan.
Selain itu saya juga perlu mengemaskini carta dengan memuat
turun data dan selepas siap, saya perlu memuat naik semula ke dalam sistem. Lebih
mencabar saya perlu mengemas kini mengikut format yang ditetapkan. Logo dan
setiap aliran di dalam carta perlu jelas.
Selain itu, saya perlu memastikan ‘ITR Checksheet’ kelihatan
kemas dan maklumat yang tertera lengkap secara terperinci. Logo MMHE juga perlu
di tempat dan pada saiz yang betul.
Pengetahuan / kemahiran yang diperolehi (sepanjang minggu);
Mengemaskini carta mengikut format yang diperlukan dengan
tunjuk ajar pegawai yang lebih mahir.
Dapat belajar tentang sistem OCMS dengan lebih mendalam lagi.
Dapat belajar menggunakan Microsoft Office dengan lebih
cekap atas tunjuk ajar pegawai yang lebih mahir.
Impak dan kesan kepada pelajar;
Mengaplikasi kemahiran penggunaan Microsoft Office Word dan
Excel dalam pekerjaan.
Dapat mengaplikasi penggunaan E-mail dan laman sesawang lain untuk mendapat maklumat dengan lebih
tepat.
0 comments: