Sunday, 23 June 2013

MINGGU PERTAMA

Posted by Unknown



Salam & Selamat Sejahtera

saya dikehendaki menjalani praktikal pada 17 Jun 2013 sehingga 1 November 2013 bagi pelajar semester ke-4 jurusan Sains Kesetiausahaan peringkat Diploma. Saya telah memohon syarikat Asadra (M) Sdn Bhd dan permohonan saya diluluskan oleh pihak Asadra (M) Sdn Bhd. 


Logo Asadra (M) Sdn Bhd

Surat Terima Tawaran Latihan Industri

selain pejabat yang bertempat di No. 9 Jalan Sena 1, Taman Rinting, 81750. Masai, Johor. Asadra juga mempunyai pejabat yang terletak di Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MMHE). Saya ditugaskan di pejabat MMHE bahagian pengurusan pejabat. 

namun begitu, untuk bekerja di dalam MMHE, saya perlu menyediakan beberapa perkara seperti;
1. Pemeriksaan Kesihatan (X-Ray dan senarai penyakit yang dihidapi)
2. Kad Hijau CIDB (wajib bagi setiap pekerja di MMHE)
3. E-Pass (perlu pergi ke induksi dan lulus ujian yang diberikan)
4. Pengenalan Diri (Mikrocip IC tidak boleh rosak)

contoh kad hijau

pada minggu pertama, saya menggunakan 'Visitor Pass' untuk masuk ke pejabat di MMHE memandangkan saya belum mempunyai 'E-Pass' iaitu pas pekerja MMHE untuk keluar masuk. kawalan untuk keluar masuk adalah sangat ketat di MMHE. 


borang yang perlu di isi untuk mengambil 'Visitor Pass'

Saya dikehendaki pergi ke induksi keselamatan dan kesihatan pekerja anjuran MMHE sebelum saya boleh mendapatkan e-pass.  Induksi dijalankan di One Stop Center yang terletak di Taman Mawar, Pasir Gudang. Selain induksi keselamatan dan kesihatan pekerja di pusat Taman Mawar, saya juga perlu menjalani induksi di CIDB Tampoi, Johor Bahru bagi mendapatkan Kad Hijau CIDB. 

Tugas pertama saya di pejabat adalah menolong kerja-kerja pentadbiran seperti memohon token masuk bagi semua pekerja, mengekalkan kebersihan di pejabat, membantu berkenaan hal-hal kemasukan pekerja baru dan berbagai-bagai lagi.


memohon token kemasukan pekerja
saya juga diajar tentang dokumen dokumen yang perlu saya ketahui berkaitan hal-hal pejabat. menggunakan mesin fotostat juga saya pelajari memandangkan sebelum ini kami tidak didedahkan dengan sistem mesin fotostat sebenar dalam pelbagai keadaan secara praktik. 
Tamat laporan 17-06-2013 sehingga 21-06-2013.


0 comments: