MINGGU KE-19
Posted by Unknown
Membantu kerani bahagian kewangan membuat penyata gaji pekerja.
Asadra (M) Sdn Bhd mempunyai lebih kurang 600 pekerja. Penyata gaji dibuat
mengikut format yang ditentukan oleh organisasi.
contoh format penyata gaji
contoh format penyata gaji
Membantu merekod, mencatat dan menyusun dokumen ‘Purchase
Order’ dan invois ke dalam fail yang betul dan emel maklumat kepada pegawai bertugas untuk
disahkan selepas disahkan oleh pengurus projek.
Selain itu,saya juga perlu menyediakan borang ‘Material and
Service Request’ yang dipesan oleh MC (Material Controller) dari setiap projek.
Borang ini perlu direkod supaya organisasi dapat mengawal barang keperluan bagi
setiap projek supaya tiada banyak lebihan dan kekurangan apabila diperlukan
kelak.
Saya juga membantu pegawai di pejabat menyediakan tender
bagi permohonan untuk projek seterusnya. Saya membantu menyiapkan dokumen sebut
harga (quotation) borang penangguhan (Request for Extend) dan sebagainya.
Saya juga perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
bagi persiapan audit di pejabat. Kami juga menjalani 5s supaya pejabat sentiasa
kelihatan bersih dan kemas.
Pengetahuan / kemahiran yang diperolehi (sepanjang minggu);
Belajar melengkapkan tender untuk memasuki sesuatu projek.
Belajar merekod barang di borang ‘Material and Service
Request’ dan mengetahui kos-kos barangan.
Belajar melengkapkan penyata gaji mengikut format.
Impak dan kesan kepada pelajar;
Menekankan aspek kekemasan dan membuat dokumen dengan lebih
teliti berkaitan kos.
Dokumen sulit dan persendirian seperti penyata gaji perlulah
dijaga dengan rapid an dilakukan dengan teliti kerana berkaitan gaji.
0 comments: