MINGGU KE-15
Posted by Unknown
Membantu kerja-kerja pentadbiran seperti membuat salinan
dokumen-dokumen penting di pejabat.
Menguruskan hal-hal kemasukan memohon token kerana masalah
sistem pihak MMHE yang tidak dapat mengesahkan kemasukan semua pekerja
menyebabkan permasalahan berlaku untuk masuk ke dalam pejabat tapak projek.
pekerja tidak mendapat pengesahan untuk masuk ke tapak projek.
‘Sail-away Damar-A project’ pada minggu ini. Damar-A yang
bernilai 2 juta telah naik ke barch dan belayar. Kerja-kerja dokumentasi
perlulah dilengkapkan walaupun Projek Platfom Damar-A telah berlepas. Organisasi
kami iaitu Asadra (M) Sdn Bhd bertanggungjawap dalam pengendalian Elektrikal
dan Instrumen projek Damar-A.
Pengetahuan / kemahiran yang diperolehi (sepanjang minggu);
Kekemasan dokumen yang mengikut format adalah penting dalam
setiap projek.
Setiap pekerja memainkan peranan yang penting dan tika
peranan tidak berfungsi, permasalahan seperti pengesahan kemasukan (e-token)
tidak disahkan mendatangkan masalah kepada semua pihak kerana ketidakcekapan
memainkan peranan dalam tugas-tugas sebegini.
Dapat menambah pengetahuan tentang platform belayar kerana ia
akan di bawa belayar ke laut sehingga ke sempadan Vietnam.
Impak dan kesan kepada pelajar;
Jangan menangguh tugas yang diberikan kerana jika tertangguh
maka kita akan dianggap kurang cekap malahan kita perlu berusaha untuk menunjukkan
kesungguhan dalam melakukan sesuatu tugasan.
Belajar lebih bertanggungjawap dalam menguruskan setiap
tugas.
Dapat menambah pengalaman apabila melihat sendiri platform
Damar-A dilayarkan.
0 comments: