PENGHARGAAN
Posted by Unknown
Assalamualaikum
Bersyukur
kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan
laporan akhir Latihan Industri saya yang telah diusahakan selama 20 minggu.
Laporan
ini amat penting buat saya memandangkan
perkara ini merupakan sebahagian daripada Latihan Industri kursus AT401 terima
kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang
saya menyiapkan projek folio saya ini.
Pertama
sekali kepada Encik Mohammad FIkri Bin Ismail, Jurutera Projek daripada syarikat
Asadra (M) Sdn. Bhd. kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat
ketika menjalani Latihan Industri di Asadra (M) Sdn. Bhd.
Sekalung
penghargaan untuk Penasihat Akademik
saya, Puan Zati Hafiza Binti Abdul Halim kerana memberikan tunjuk ajar
kepada saya sepanjang saya menyiapkan laporan ini. Selain itu, saya juga sangat
menghargai jasa penyelaras industri, Puan Baizura binti Hasni, kerana
memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu
saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau akan saya kenang ke
akhir hayat.
Seterusnya,
terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada
saya sepanjang laporan ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga
saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.
Tidak
lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas
dalam menyempurnakan laporan akhir masing-masing sepanjang Latihan Industri ini
dijalankan. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai laporan
akhir ini amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa
untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir
sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung
atau tidak langsung sepanjang saya menjalani Latihan Industri sehinggalah
menyiapkan laporan akhir.
0 comments: