Friday, 8 November 2013

KESIMPULAN

Posted by Unknown


Pelbagai perkara dan pengalaman yang amat berharga telah saya perolehi serta tempuhi sepanjang saya menjalani Latihan Industri di syarikat Asadra (M) Sdn Bhd bermula dari 17 Jun 2013 hingga 1 November 2013. Saya telah didedahkan dengan situasi sebenar dunia pekerjaan dalam bidang Pengurusan Pejabat yang membolehkan saya memahami serta mengetahui dengan lebih baik tentang bidang ini. Pada pandangan saya, Latihan Industri yang dijalankan ini telah dapat mencapai objektif yang ditetapkan iaitu:

  • Mendedahkan pelajar kepada persekitaran dan suasana kerja dalam bidang masing-masing.
  • Menggunakan pengetahuan yang dipelajari di Politeknik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di organisasi dengan bimbingan.
  • Menggunakan pengalaman daripada Latihan Industri yang diikuti untuk pembelajaran mereka seterusnya di Politeknik.
  • Melatih pelajar berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja.
  • Memupuk semangat bekerja secara berkumpulan.
  • Mengamalkan nilai etika dan peraturan kerja yang baik.
  • Mewujudkan jalinan hubungan Politeknik dengan organisasi.
  • Melatih pelajar menyediakan laporan teknikal berkaitan dengan Latihan Industri yang dijalankan.
Banyak perkara baru yang sebelum ini tidak pernah saya pelajari di Politeknik dapat dipraktikkan dalam kursus ini. Antara sesuatu yang baru saya mempelajarinya ialah melengkapkan Dokumen Tender. Walaupun  saya menghadapi sedikit masalah kerana masih baru dalam bahasa dokumentasi ini tetapi itu tidak menjadi halangan kepada saya untuk menyiapkan tugasan tersebut. Hal ini kerana saya dibantu dan mendapat kerjasama yang baik daripada kakitangan yang ada.
Semasa di tempat Latihan Industri, saya juga dapat mendisiplinkan diri dalam menepati waktu kerja yang telah ditetapkan iaitu dari jam lapan pagi hingga jam lima petang. Saya juga dapat merasai suasana kerja yang sebenar dan ini boleh dijadikan pengalaman yang berguna apabila saya memasuki alam pekerjaan nanti. Saya juga dilatih untuk bekerjasama dalam melaksanakan tugasan bersama-sama pelajar praktikal yang lain seperti mendapatkan pandangan mereka, bertanyakan sesuatu yang tidak difahami serta melakukan kerja-kerja secara berkumpulan.




Tuesday, 5 November 2013

LAPORAN TEKNIKAL

Posted by Unknown


Tugas utama saya sejak dari saya mula praktikal adalah membantu memohon e-Token kemasukan pekerja. Ini perlu dilakukan setiap hari. Jika e-token tidak diminta, pekerja tidak diizinkan masuk oleh pihak sekuriti. berikut adalah cara untuk menjalani tugas memohon e-token;

1) masuk ke laman web www.mhb.com.my

2) Klik 'Contact Us' dan Pilih 'Vendor and Contractors'

3) Pilih e-Token

4) log masuk

5) tekan 'Agree'

6) Pilih 'Request Token'

7) Laman 'Request for Token'

8) Nama pekerja 

9) pilih Nama projek, tarikh dan Bahagian


11) "pending Approval'

12) Setelah disahkan


Tugas ini penting kerana tanpa kebenaran untuk masuk, individu yang tidak berkenaan tidak akan berada di tapak projek. Setiap keluar masuk pekerja perlulah disahkan tidak kira sama ada berpangkat jurutera projek mahupun pengurus, mereka tidak akan diberi kebenaran jikalau tidak ditanda untuk masuk.

Hal ini memudahkan syarikat binaan menguruskan pekerja-pekerja dengan lebih mudah kerana dapat menghindarkan tenaga pekerja binaan yang berlebihan dan pemeriksaan masa kedatangan lebih teratur.










Sunday, 3 November 2013

MINGGU KE-20

Posted by Unknown




Membuat semakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi caruman pekerja dan potongan oleh majikan bagi bulan Julai dan Ogos.




Semakan semula potongan pembayaran Socso atau PERKESO kepada pekerja organisasi. Jumlah pembayaran oleh pekerja dipotong melalui gaji dan potongan oleh majikan adalah waijb pada setiap bulan.





Pengetahuan / kemahiran yang diperolehi (sepanjang minggu);
Dapat belajar tentang kelebihan pembayaran SOCSO dan KWSP dan keburukkan tanpa potongan tersebut kepada golongan pekerja.
KWSP dan SOCSO adalah pertubuhan yang membantu pekerja supaya mendapat pembelaan apabila terlibat dalam kemalangan dan wang persaraan hari tua.

Impak dan kesan kepada pelajar;
Pengetahuan yang luas berkaitan KWSP dan SOCSO

Cara potongan dan jumlah yang betul bagi setiap pekerja dan majikan.


Sunday, 27 October 2013

MINGGU KE-19

Posted by Unknown


Membantu kerani bahagian kewangan membuat penyata gaji pekerja. Asadra (M) Sdn Bhd mempunyai lebih kurang 600 pekerja. Penyata gaji dibuat mengikut format yang ditentukan oleh organisasi.

contoh format penyata gaji

contoh format penyata gaji


Membantu merekod, mencatat dan menyusun dokumen ‘Purchase Order’ dan invois ke dalam fail yang betul dan emel maklumat kepada pegawai bertugas untuk disahkan selepas disahkan oleh pengurus projek.





Selain itu,saya juga perlu menyediakan borang ‘Material and Service Request’ yang dipesan oleh MC (Material Controller) dari setiap projek. Borang ini perlu direkod supaya organisasi dapat mengawal barang keperluan bagi setiap projek supaya tiada banyak lebihan dan kekurangan apabila diperlukan kelak.



Saya juga membantu pegawai di pejabat menyediakan tender bagi permohonan untuk projek seterusnya. Saya membantu menyiapkan dokumen sebut harga (quotation) borang penangguhan (Request for Extend) dan sebagainya.
Saya juga perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi persiapan audit di pejabat. Kami juga menjalani 5s supaya pejabat sentiasa kelihatan bersih dan kemas.

Pengetahuan / kemahiran yang diperolehi (sepanjang minggu);
Belajar melengkapkan tender untuk memasuki sesuatu projek.
Belajar merekod barang di borang ‘Material and Service Request’ dan mengetahui kos-kos barangan.
Belajar melengkapkan penyata gaji mengikut format.

Impak dan kesan kepada pelajar;
Menekankan aspek kekemasan dan membuat dokumen dengan lebih teliti berkaitan kos.
Dokumen sulit dan persendirian seperti penyata gaji perlulah dijaga dengan rapid an dilakukan dengan teliti kerana berkaitan gaji.

Penyediaan tender perlulah teratur dan lengkap.


Sunday, 20 October 2013

MINGGU KE-18

Posted by Unknown


Menolong pengurusan pejabat di bahagian tapak projek dalam membantu kerja-kerja berkaitan ‘offshore’.
Keperluan pekerja-pekerja yang disenarai pendek naik ke ‘offshore’ dikemaskini supaya memudahkan barangan dan peralatan (toolbox) apa yang perlu dibawa dan kelayakan yang diperlukan.


Saya juga perlu membantu melengkapkan maklumat peribadi setiap pekerja yang dipanggil naik ke ‘offshore’. Arahan diberikan oleh Jurutera yang mengelola bahagian ‘Offshore’ dan berhubungan melalui emel.

emel dari pihak MMHE kepada Asadra berkenaan offshore

Pengetahuan / kemahiran yang diperolehi (sepanjang minggu);
Maklumat peribadi setiap pekerja penting dan seharusnya WAJIB ada pada setiap organisasi.
Keperluan untuk setiap pekerja seperti peralatan-peralatan yang diperlukan sepanjang menjalani ‘offshore’ untuk projek Damar-A.
Membantu pengurusan tentang keluar masuk emel oleh pihak MMHE dan pejabat untuk urusan ‘Offshore’.

Impak dan kesan kepada pelajar;
Lebih cekap menguruskan kerja-kerja berkaitan organisasi ini dengan dapat berinteraksi antara pejabat tapak projek dengan pejabat utama apabila maklumat peribadi setiap pekerja perlulah dimita di pejabat utama organisasi.
Saya rasa lebih yakin menguruskan interaksi antara organisasi dan MMHE berkaitan Offshore

Saya juga dapat membantu dalam penyediaan peralatan.


Sunday, 13 October 2013

MINGGU KE-17

Posted by Unknown


membantu merekod lukisan pembinaan yang diberikan. Setiap lukisan perlu direkod supaya pembinaan platform berjalan lancar. rekod perlulah setara dengan lampiran yang diber kerana sebagai lampiran kepada setiap ITR checksheet, perlu disertakan lukisan pembinaan yang terbaru diberi oleh pihak klien. Anggaran muka surat setiap lukisan pembinaan adalah lebih dari 200 helai untuk setiap lukisan dan anggaran lukisan yang digunakan adalah lebih kurang 20 set untuk elektrikal dan instrumen sahaja.







Pengetahuan / kemahiran yang diperolehi (sepanjang minggu);
belajar membuat sesuatu perkara dengan lebih kemas dan teratur.
belajar mengaplikasi kemahiran Microsoft Office dalam merekod lukisan pembinaan projek Platform Damar-A dengan lebih cekap.



Impak dan kesan kepada pelajar;
pendedahan kepada dunia kejuruteraan dengan lebih mendalam.
dapat menambah ilmu pengetahuan tentang organisasi minyak dan gas bagi persiapan diri dalam persekitaran kerja akan datang.


Sunday, 6 October 2013

MINGGU KE-16

Posted by Unknown


Membantu membuat senarai nama pekerja untuk membuat sijil penghargaan bagi setiap pekerja yang terlibat dalam pembinaan platform projek Damar-A.
Membantu menyiapkan lebih kurang 150 sijil penghargaan dan meminta pengesahan dari jurutera Projek Damar-A dan cop organisasi.
Membantu hal-hal pentadbiran pejabat dalam penyerahan cenderamata projek Damar-A.





Pengetahuan / kemahiran yang diperolehi (sepanjang minggu);
Mengaplikasi kemahiran membuat sijil yang dipelajari dalam menyiapkan tugasan yang diberi.
Meminta pengesahan Jurutera Projek Damar-A yang perlu menandatangani setiap sijil tersebut supaya sah digunakan sebagai pengiktirafan.


Impak dan kesan kepada pelajar;
Melihat kerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan adalah penting dan corak pengurusan dalam pentadbiran akan diterapkan dalam pekerjaan suatu masa nanti.